Berbekalkan prinsip utama dalam memberikan khidmat yang bermutu kepada pelanggan, kami berpegang teguh kepada 5 teras ini: Integriti, penambahbaikan secara berterusan, keceriaan, semangat, dan kerjasama. Kami sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan pelanggan tanpa menjejaskan kelima-lima teras ini.
Dengan kolaborasi bersama Ernie Zakri, kami dengan bangga dan secara rasminya melancarkan koleksi tudung terbaharu, Gemala. Kolaborasi dan pelancaran koleksi ini sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan Ayuwan sebagai pilihan utama untuk himpunan tudung dan shawl muslimah di Malaysia.
Dengan bakatnya di atas pentas dan penampilan yang unik, Ernie mencerminkan seorang muslimah yang berkerjaya, berkeyakinan, dan menawan kepada Ayuwanis.